Secubit Kisah Sedutan Indah
Saturday, October 31, 2009
Friday, October 30, 2009
Emosionalnya aku....
Alhamdulillah.. saat ini hatiku kembali tenang.. setelah 2 hari bergolak dengan rasa kecewa..sedih, terkilan, sakit hati, benci dan macam2 lagi perasaan yang berkecamuk... semuanya gara2 sikap pelajar yang tidak pernah merasakan diri mereka itu masih belajar.....
Sepanjang aku menjadi guru, ini kali pertama aku jumpa pelajar yang begitu keras hatinya... melihatkan pandangan matanya aku sudah tidak mahu.. x sanggup melihat keangkuhan mata itu....
Apakah aku tidak layak terasa hati .... Hanya kerana aku tidak mengajar mereka aku tidak berhak terasa??? Pernahkah mereka tahu, sebenarnya aku sudah lama berasa hati dengan mereka... sikap acuh x acuh mereka pada guru... sikap kurang membantu guru yang tidak mengajar mereka....sikap berkira dan pemalas mereka.... sikap pentingkan diri.. dan yang aku jelas ... segelintir daripada mereka begitu manja dan hanya memikirkan hak mereka sahaja.. tanpa melihat kepada dimensi yang lain...
mungkin mereka tidak pernah tahu... di kalangan guru mereka, ada yang berasa hati dengan sikap mereka di dalam kelas... walaupun ada dikalangan mereka memang bagus... tapi ada juga segelintir yang hanya berlagak atas tiket kehebatan kawannya sahaja....sedangkan mereka hanya berada pada tahap biasa2 aje...
Tahukah mereka, kadangkala aku terasa yang mereka pandang rendah pada sesetengah guru mereka.. dan rakan guru juga ada bersetuju... apakah mereka fikir... seorang pelajar yang belum tentu terjamin masa depannya layak menilai kami ini??? tahukah mereka, dikalangan kami guru2 mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza-beza... ada di antara kami yang mempunya akademik yg sangat bagus.... ada yang datang dari SBP... dari STF pun ada... sekolah ternama di JB.... ada yang mempunyai rekod kejayaan menghasilkan pelajar lulus yang tinggi peratusannya... ada juga yang telah mengajar bertahun lamanya....Namun mereka bersikap biasa... mengajar anak kampung SMK Tanjung Adang ini dengan rasa hemahnya....
Namun apabila melihat sikap segelintir pelajar yang berlagak ini, aku terpanggil menyatakan semua ini kerana hatiku terlalu geram melihat sikap mereka itu.. SPM dah dekat, tapi mereka makin sombong dengan guru2 mereka...
Entah apa yang aku inginkan dari entri kali ini... adakah ingin pelajar itu cuba memahami hati ini??? Tidak sekali.. malah aku terasa mereka akan lebih marah dan mengatakan aku mengada-ngada.... maklumlah... aku bukan siapa2... bukan guru yang mengajar mereka .. tetapi sibuk terasa tersinggung....
Namun sesungguhnya.. mereka telah menyinggung hati ini... ada sesuatu yang telah mereka lakukan yang benar2 menyinggung hatiku... mungkin pada yang lain, itu hanya perkara remeh... tapi perkara sekecil itu telah berjaya membuat hati ini menangis.... dan aku belum mampu memaafkan kalian.....
Labels: as teacher..
Tuesday, October 27, 2009
Saat-saat ibu bapa mertua ku ke Tanah Suci~~
Suami aku sedang azan sebelum mereka bertolakLabels: Personal Life
Saturday, October 17, 2009
Fuhh... Beres dengan Kepantasan Sebenar!!
Seronok betul aku dapat buat keje dengan line internet yang betul-betul laju.. baru syok... akhirnya siap jugak aku masukkan markah trial SPM secara online.. sehari je....
Aku kat umah mak aku.. menumpang line internet umah ayah aku yang sememangnya laju dan pantas.. Beres semua keje aku...
Sabtu (17/10/2009):
- Isi Markah Trial Online !! (OK SETTLE)
Ahad dan Isnin (18 dan 19/10/2009):
- Siapkan anggaran belanjawan Peperiksaan
- Taip Minit Mesyuarat PIBG
- Print Minit Mesyuarat PIBG
- Siapkan SKT
- Print SKT
- Burn CD aplikasi SAP
Selasa (20/10/2009) :
- Pergi Taklimat Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Labels: as teacher..
Setakat ini.... Alhamdulillah
Semalam, seharian di sekolah dari jam 11 pagi.. sampai kul 6 petang bersama kak bai... berjaya jugak menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh... hinggakan kak Nik buat rumah terbuka pun aku x dapat la nak g... suami keje...kete plak suami bawak... Hari Jumaat kan.. dia nak g solat Jumaat...Sorry la kak nik ye.. x dapat pegi umah akak.. maklumlah... hari tu Selasa dan Rabu dah TERcuti TANPA dirancang.. ehe....Hari nie aku nak semak semula senarai keje yang dah settle dan yang belum....
Friday (16/10/2009):
- Print Headcount Form 1, 2 and 4 (OK SETTLE)
- Siapkan Fail Headcount (OK SETTLE)
- Print Result Trial SPM 2009 individu (OK SETTLE)
- Siapkan anggaran belanjawan
- Siapkan Fail SPM (OK SETTLE)
Sabtu (17/10/2009):
- Taip Minit Mesyuarat PIBG
- Print Minit Mesyuarat PIBG
- Siapkan SKT
- Print SKT
- Susun Fail Peperiksaan Guru Bertugas SPM 2009 (OK SETTLE)
Ahad dan Isnin (18 dan 19/10/2009):
- Isi Markah Trial Online !! (OK SETTLE UNTUK KELAS 5 BIJAK) <-- LAGI 3 KELAS...
Selasa (20/10/2009) :
- Burn CD aplikasi SAP
- Pergi Taklimat Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Labels: as teacher..
Thursday, October 15, 2009
My Time Table !! Kerja ~~
Friday (16/10/2009):
- Print Headcount Form 1, 2 and 4
- Siapkan Fail Headcount
- Print Result Trial SPM 2009 individu
- Siapkan anggaran belanjawan
- Siapkan Fail SPM
Sabtu (17/10/2009):
- Taip Minit Mesyuarat PIBG
- Print Minit Mesyuarat PIBG
- Siapkan SKT
- Print SKT
- Susun Fail Peperiksaan Guru Bertugas SPM 2009
Ahad dan Isnin (18 dan 19/10/2009):
- Isi Markah Trial Online !!
Selasa (20/10/2009) :
- Burn CD aplikasi SAP
- Pergi Taklimat Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Labels: as teacher.., Personal Life
Kerja Tertangguh.. Apa yang aku dapat buat hari ni??
Aha... mari kita tengok siapa yang kena....
1- Minit Mesyuarat PIBG <--- BELUM Settle
2- LHB <--- Settle
3- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama <--- Settle
4- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan <--- Settle
5- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..<--- BELUM Settle
6- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan <--- Settle
7- Masukkan markah Trial Online <--- BELUM Settle
8- SKT time!!! (make sure finish it!!) <--- BELUM Settle
9- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe... <--- Settle
10- Tampal no fail yang dah print hari tu.... <--- Settle
11- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM <--- BELUM Settle
12- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya) <--- BELUM Settle
Tambahan Kerja :
13- Siapkan Fail Headcount Form 1, 2 dan 4 <--- BELUM Settle
14- Siapkan Fail Unit Beruniform <--- BELUM Settle
Labels: as teacher..
Badan Sakit..... Hati pun Sakit!!!
Aku nie memang sensitif orangnya... mudah terasa.. dan jenis suka pk banyak... ish... nak diceritakan panjang.... aku ringkaskan... ringkas ke??? x de maknanya ringkas... rajin nak baca.. silakan... malas baca.. jangan baca....
Selasa, 4 pagi :
Aku bangun pagi muntah-muntah dan pening kepala yang amat sangat. Badan mula kedinginan dan menggigil-gigil.... Demam.... Baru nak baring dan lelapkan mata.. adah bangun dan muntah susu.... suami aku bangun tolong menguruskannya.... aku memang dah x larat... bangun pagi ku cuba gagahkan diri ke sekolah... dan adah sekali lagi muntah lagi.... aku sms kak bibah (PK 1 ) aku mohon datang lambat.. kepala masing pening.. aku cuba gagahi... Namun suamiku melarang aku pergi.. katanya aku nampak pucat... dia ajak ke klinik.. tapi aku kata Dr x de lagi pagi2 ni.... aku pun sms semula kak bibah kata aku amik mc aje... aku pun cuba makan panadol dan melelapkan mata... aku muntah lagi.. dan pening teramat sangat...
sekitar jam 12.30 hari aku bangun dan perutku memulas-mulas... aku menjadi teman setia cik Tandas.... suami ku ajak ke klinik... aku diberikan ubat.. ubat gastrik... aku kena gastrik.. perut aku masuk angin dan kata Dr.. perut aku 'upset'... ehe....dia bagi ubat demam, ubat buang angin, ubat tahan sejuk.... dan dia bagi la aku mc..... dia tanya nak sehari atau 2 hari.. aku kata cukuplah sehari.. esok ok ni....
Rabu, 6 pagi :
Dalam kepeningan yang masih terasa... dicampur keletihan berulang ke tandas... x lena tdo... letih... aku bangun.. gagahkan diri gosok baju nak ke sekolah... tapi ternyata aku x mampu.. perut ini masih memulas...terpaksa la aku sms Pk 1 aku bagitahu aku mc lagi... Demam pun masih belum reda.. suhu badan 38.5 oC..
Sekitar tengahari.. demam aku sudah makin reda.. cuma perut sahaja masih belum mahu beralah.. masih nak menunjuk perasaan...makan pun aku x lalu... hanya bubur dan nasi lembik....Itupun suami yang masak... Thanks abang..... uhu....
Malamnya suami aku biarkan aku tdo dan berehat secukupnya.. adah diuruskannya tanpa rungutan... Alhamdulillah.. Hari Khamis tu aku kembali ke sekolah......
Waaaa.. Kerja Bertimbun... tak selesai.. gara2 cuti yang x dirancang....
Khamis:
Ehem.. pegi sekolah macam biasa... ada keje sempat aku selesaikan.. dan ada juga yang x sempat... cuma yang x bestnya.. Hati aku Sakit!!! dah la badan dan perut ni belum sihat sepenuhnya... sampai disekolah, aku diberitakan ada sorang insan yang kononya bernama 'kawan' membuat andaian kononnya aku nie mc kerana balik terengganu... Lama la sikit dapat duduk Terengganu... Aha!!! Orang tu salah andaian!!! dia sangka aku amik CRK pada hari Khamis (15/10/09) dan Jumaat (16/10/09).... dan sengaja amik mc pada 13 dan 14/10 tu... nak sambung cuti kononnya... sedapnya dia tu buat andaian.. tak berpk langsung.. cerdik yang amat sangat....
Memang aku ada mohon CRK tapi bukan pada 15-16/10.... Tetapi pada 22-23/10... Minggu depanla....Itupun sebab bapak mertua aku nak g Haji... Salah ke???.. masa dia amik CRK... dia amik mc... orang x sibuk... bila orang lain dia memandai buat spekulasi.. aku memang sangat marah.... sebab sebelum ni aku banyak kali kena 'sound' ngan bos pasal cover dia punya pasal...tapi x sangka dia pulak yang mewujudkan andaian tidak baik terhadap reputasi aku!!!...Eeeeee... memang panas hati!!!....
Tapi bila aku mintak pendapat rakan guru dan mama aku... aku nak amik sikap diam aje.. biar la dia... suatu hari Allah balas perbuatan dia tu.... Dulu dia dah khianati aku sekali.. ini sekali lagi.... Thanks pada si dia!!...
Apap2pun aku sekarang dah ok..... abaikan dia.... aha...
Labels: as teacher.., Personal Life
Saturday, October 10, 2009
Jom SEMAK!!
HARI TU KAN AKU BUAT SENARAI KERJA..
SO SEKARANG NAK SEMAK SEJAUHMANA KESUDAHANNYA.....
1- settelkan aplikasi SAP <--- Settle 2- Taip semua no Fail Peperiksaan <--- Settle 3- Taip semua label Fail Utama Peperiksaan <--- Settle 4- Lesson plan <--- Settle 5- Pegi print bahan2 <--- Settle 6- Susun Bahan dalam Fail Utama (semak mana yang tak de) <--- Settle
7- Minit Mesyuarat PIBG <--- BELUM Settle
8- LHB <--- BELUM Settle
9- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama <--- BELUM Settle (tinggal carta alir, keputusan peperiksaan dan Anggaran Belanjawan)
10- Settlekan Fail Utama Peperiksaan <--- Settle
11- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan <--- BELUM Settle
12- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..<--- BELUM Settle
13- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan <--- BELUM Settle
14- Masukkan markah Trial Online <--- BELUM Settle
15- SKT time!!! (make sure finish it!!) <--- BELUM Settle
16- Nota minta beli bahan peperiksaan (semak bahan yang x cukup) <--- Settle
17- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe... <--- BELUM Settle
18- Tampal no fail yang dah print hari tu.... ehe... relax... <--- BELUM Settle
19- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM <--- BELUM Settle
20- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya) <--- BELUM Settle
Kesimpulannya... banyak lagi belum settle....
Labels: as teacher..
Ke Rumah Kak Hasnah dan Kak Shahrimah

Seronok!!! aha... x ingat dunia makan banyak giler.....aku pegi beraya ke rumah kak hasnah dan kak shahrimah.... tapi kali ini aku x pergi bersama hubby tercinta... aku pegi ngan kak Bai ngan Kak Norma.... aku drive myVi ku itu.... rumah kak Hasnah dah pernah pegi.. tapi rumah kak Shahrimah first time pegi... Cantik umah dia.. kat umah kak imah, aku jumpa Cikgu Laura, rakan sejawat yang sama-sama mengajar di Tanjung Adang.. sekarang dia ngajar di SMK Gelang Patah...
Bertolak ke umah kak Hasnah sekitar kul 4.30.. sampai sana dekat kul 5.. sampai sana, kak Nora dah ada... Kak Wan sama2 sampai dengan kami... dekat2 kul 5.45 tu kami pun nak bertolak ke umah kak imah pulak... Cikgu Mahadi pulak baru sampai umah kak Hasnah... ehe... kami pergi dulu....
kat umah kak imah aku makan siap menambah lagi... aku makan banyak giler... sampai rumah dengan penuh kekenyangan aku lena hingga pagi.....Uhu....Thanks Kak Hasnah dan Kak Imah...
Selamat Hari Raya...
Labels: as teacher.., Personal Life
Hatiku Dilukai Anak Murid Sendiri....
Dari semalam lagi aku nak berkongsi kisah ini..... pelajar ini agak rapat dengan aku.. selalu juga membantu aku... walaupun panas baran, tidak pernah lagi melawan aku.... Walaupun rapat... aku perlu bersikap tegas dan adil dalam beberapa perkara.... kerana aku rapat dengannya untuk mendidik dan menjadikan dia yg terbaik.... tapi apakan daya.. rupanya... aku ini lansung tidak berguna....
Aku gagal mengawal panas baran dia... sedangkan aku tika itu cuba mengawal diri agar aku tidak memarahinya... hanya aku perlu bersikap tegas tika itu....
kisahnya begini... waktu itu aku sedang turun tangga... untuk jumpa PK HEM aku... nak mintak dia semak buku rekod mengajar... dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan pelajar aku ni... dia sedang pegang ear phone dan handset... dalam pada bergurau... aku perlu ambil handset tu... kerana dia melakukan kesalahan di hadapan aku.... andai ia di dalam beg , memang la aku x nampak... ini dah depan mata....
Ikutkan perasaan kesian.. memang aku aku nak pulang je hand set tu... tapi aku perlu bersikap tegas dalam hal ini... aku berharap sangat dia faham situasi aku... memang aku serba salah.. sebab aku sayangkan anak murid aku yg sorang ni.. tapi... dia bersikap tidak menghormati aku...
Hanya kerana tidak berjaya memujuk aku untuk memulangkan hand set itu.. dia bersikap kasar di hadapan mataku... pedihnya menusuk hati ini... sampai hati anak pelajarku... kesalahanmu aku tegur secara lembut.. sikit pun aku tidak menjerit atau memarahimu... sikitpun aku tidak bertindak kasar... tapi anak kecil ini dengan tidak segan silu.. dihadapan rakan sejawatku.. bersikap sombong dihadapanku...
Kepedihan itu hingga sekarang masih terasa.... adakah kerana dia anak murid yang baik dengan ku, aku harus ikut semua kehendaknya???? apakah hanya kerana dia rapat denganku, aku tidak perlu bersikap tegas dan adil padanya???? Sungguh... Hati ini pedih...
Labels: as teacher..
Tuesday, October 6, 2009
Beraya Di Umah Pn Suriati
ehe.. sampai jugak aku ke rumah cik sue ni.... walaupun dah kawin.. terbiasa panggil cik sue... sue ni kawan aku since aku masuk UTM lagi... sama-sama wat asignment... sama-sama berkongsi suka duka.... sama-sama mengarok... sama-sama.... macam-macam la.... Keindahan zaman U aku banyak bersama dia dan Yung..... ehe...
Tahun lepas sue nak datang beraya umah aku... tapi aku nie tiada kesempatan waktu... aha.. akhirnya aku la yg g beraya umah cik sue ni.... aku dah la sampai lewat... kul 9 lebih.. dekat kul 10... sejam jugak la duduk umah sue.. dekat kul 10.50 baru kami beransur balik.... anyway.. seronok bersembang sampai aku rasa rindu zaman belajar....
Sue... Dyl happy tgk sue happy... and Congrats sebab bakal mendapat cahaya mata... I am Happy for u...
Bila la agaknya dapat aku, Sue dan Yung berkumpul semula....
-Friendship Forever-
Labels: Personal Life
CRK ~ Cuti Rehat Khas
Hari ni tak semena-mena aku amikCRK (Cuti Rehat Khas) kerana si kecil yang demam... sian dia merengek-rengek..... aku dah bagi ubat... kul 4 pagi tadi dia muntah, risau aku.... walaupun suami aku keje shif petang hari ni.. aku tak sedap hati nak tinggal... maka amik la CRK... first time amik CRK by sms je ngan boss... maaf boss....
Uhu.. keje aku makin bertimbun la.... aku nak susun perancangan keje aku.... ehe....
Today :
1- settelkan aplikasi SAP
2- Taip semua no Fail Peperiksaan
2- Taip semua label Fail Utama Peperiksaan
3- Sediakan benda-benda nak print
4- Lesson plan
Thursday :
1- Pegi print bahan2
2- Susun Bahan dalam Fail Utama (semak mana yang tak de)
3- Minit Mesyuarat PIBG
4- LHB
Friday :
1- Sediakan bahan-bahan yang tidak ada dalam Fail Utama
2- Settlekan Fail Utama Peperiksaan
3- Semak dan sediakan bahan untuk ditampal di Bilik Peperiksaan
Saturday :
1- Pegi Mydin... beli fail, beli benang, beli kertas keras, beli double tape, beli kertas cantik2..
2- Pegi sekolah dan kemaskini Bilik Peperiksaan
Sunday :
1- Masukkan markah Trial Online
2- SKT time!!! (make sure finish it!!)
********************************************************
Monday :
1- Nota minta beli bahan peperiksaan (semak bahan yang x cukup)
2- Buat senarai penyedia soalan akhir tahun ( bukan penyedia pun.. cuma uruskan)-soalan setara kan... yg form one je kena wat sendirik!! ehe...
Tuesday :
1- Tampal no fail yang dah print hari tu.... ehe... relax...
2- Kemaskini Fail Peperiksaan SPM
3- Sediakan Fail Peperiksaan SPM 2009 (mujur ada yg tahun lepas punya...kak As punya)
Itu je la dulu... nanti kerja2 urusan kertas peperiksaan menanti..... dan Pasti lebih Sibuk!!
Labels: as teacher.., Kurikulum
Saturday, October 3, 2009
Telur dan Badam~~
Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung
Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan. Pasti tidak cukup sekeping roti. Namun tahukah kamu akan kebaikan set sarapan
ini? Jika kamu mengambil putih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kamu! Tunggu apa lagi ambillah telur separuh masak untuk sarapan kamu.
Badam Beri Tenaga Tambahan
Ramai yang berpendapat kacang akan mengakibatkan jerawat. Jangan mudah membuat persepsi sendiri tahukah kamu bahawa badam amat baik untuk diamalkan. Tiada siapa pun mampu menafikan badam sangat enak. Tambahan pula sekiranya ia di makan bersama coklat atau di letakkan di dalam kek. Tidak mengapa teruskan mengunyah badam kerana ia memberi tenaga tambahan kepada tubuh. Selain itu, badam juga mampu membuatkan kamu kenyang untuk tempoh yang lama dan kandungan serat tinggi dalam badam juga baik untuk kesihatan usus. Lebih baik lagi badam juga kaya dengan zat besi, zink, magnesium, kalsium, vitamin E serta protein yang diperlukan tubuh.
Labels: Tips Kesihatan dan Kecantikan
Friday, October 2, 2009
Berderau**Reda!!
Ya Allah... selesai juga akhirnya ~~ Nama wakil JPNJ tu En Mohd Azam, Penolong Sains, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.... Fuhhh!! Walaupun beliau nampak tenang... tak menyerang sangat.... tapi risau juga aku... dia tengok buku latihan budak aku yang sememangnya hampeh.. budak macam biskut.. makan pun x sedap.. hangus....kejap ada kejap x ada.. yang datang sekolah tu yang bagus2 la... Ramai yang bagus sebenarnya.. ada sorang dua je yang wat hal.... ehe....
Budak 4 Bestari 1 tadi boleh tahan jugak nakal tadi.. saje menguji kesabaran aku mengajar... Dah En Azam observe kat belakang makmal.. diorang ni memang tau.... x pe2.. anyway, aku percaya diorang belajar dengan penuh tekun.. eceh!!.. Thanks for all my students...
En Azam ada bagi satu cadangan untuk aku kukuhkan P&P aku.. dia suruh perbanyakkan lagi gambar yang lebih eksplisit.. supaya pelajar lebih jelas... ehe.. ok2.. akan ku jadikan panduan pesanannya itu...Walaupun sebelum dia observe aku cuak giler.. aku kan cikgu baru... memang banyak la kurangnya.... tapi bila dah habis tu.. lega.... dan syukur.. ada jugak pengalaman di observe wakil JPNJ... ish.. pengalaman berderau darah satu badan tu yang tak ternilai bagi aku....
ehe...
Love Teaching!!!
Labels: as teacher..
Thursday, October 1, 2009
Mari Menyanyi~~
Mari Menyanyi menghibur hati.... ehe.. cik abang suami ku tercinta yang suka lagu nie.... masa first time dengar, aku jadi suka pulak.... ehe... si jantung hati...
aku ni sebenarnya baru je siapkan perancangan untuk lesson plan esok.. Kononnya ada wakil JPNJ nak datang observe cikgu Sains Form 4 mengajar.. aku le tue... ish.. masak bergelegak kepala nie... tapi semua dah diuruskan.. handout dah siap... cuma esok nak sediakan gunting, soletep, kad manila dan duit syiling untuk budak2... ehe... sempat tak ni??... sempat aje la....
Dah siap keje ... nie yang layan lagu.. hilangkan stress.. tapi hari ni memang hari penuh cabaran... ish.. macam2 dugaan menimpa aku nih.. sampai aku hampir2 masuk bawah tanah.... uhu....
mujur ada cik abg suamiku tercinta....Abg Brahiiimmmm!!! Thanks ye... masak untuk Dila tadi... dia tahu aku tension nak siapkan lesson plan yang mengejut nih... ye la petang tadi baru diberitahu nak diobserve wakil JPNJ.. Huhuhu!!!! Tak pe2.. aku ada kakak2 yang sentiasa menyokong aku...Thanks a lot!!
Mujur suami ku tercinta ni pandai amik hati aku.... Hilang stress aku nih... hanya perlu hadapi hari esok sahaja....
ok.. wish me luck....Nak tido dah!!!
-Love Dyla
Labels: Personal Life














