Saturday, October 10, 2009

Hatiku Dilukai Anak Murid Sendiri....

Dari semalam lagi aku nak berkongsi kisah ini..... pelajar ini agak rapat dengan aku.. selalu juga membantu aku... walaupun panas baran, tidak pernah lagi melawan aku.... Walaupun rapat... aku perlu bersikap tegas dan adil dalam beberapa perkara.... kerana aku rapat dengannya untuk mendidik dan menjadikan dia yg terbaik.... tapi apakan daya.. rupanya... aku ini lansung tidak berguna....


Aku gagal mengawal panas baran dia... sedangkan aku tika itu cuba mengawal diri agar aku tidak memarahinya... hanya aku perlu bersikap tegas tika itu....

kisahnya begini... waktu itu aku sedang turun tangga... untuk jumpa PK HEM aku... nak mintak dia semak buku rekod mengajar... dalam perjalanan tu, aku terserempak dengan pelajar aku ni... dia sedang pegang ear phone dan handset... dalam pada bergurau... aku perlu ambil handset tu... kerana dia melakukan kesalahan di hadapan aku.... andai ia di dalam beg , memang la aku x nampak... ini dah depan mata....

Ikutkan perasaan kesian.. memang aku aku nak pulang je hand set tu... tapi aku perlu bersikap tegas dalam hal ini... aku berharap sangat dia faham situasi aku... memang aku serba salah.. sebab aku sayangkan anak murid aku yg sorang ni.. tapi... dia bersikap tidak menghormati aku...

Hanya kerana tidak berjaya memujuk aku untuk memulangkan hand set itu.. dia bersikap kasar di hadapan mataku... pedihnya menusuk hati ini... sampai hati anak pelajarku... kesalahanmu aku tegur secara lembut.. sikit pun aku tidak menjerit atau memarahimu... sikitpun aku tidak bertindak kasar... tapi anak kecil ini dengan tidak segan silu.. dihadapan rakan sejawatku.. bersikap sombong dihadapanku...

Kepedihan itu hingga sekarang masih terasa.... adakah kerana dia anak murid yang baik dengan ku, aku harus ikut semua kehendaknya???? apakah hanya kerana dia rapat denganku, aku tidak perlu bersikap tegas dan adil padanya???? Sungguh... Hati ini pedih...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home