Sunday, December 27, 2009

Jangan Sakiti Aku!!

Labels:

Friday, December 11, 2009

Ayah mertua ku Masuk ICU kerana sakit jantung...

Hari selasa (08/12/2009) jam 5 petang, suami memberitahu aku bahawa ayahnya masuk ICU.... aku pun segera menelefon kakak iparku... tanpa buang masa, aku telefon pengetua aku.. mohon maaf dan mohon izin untuk pulang ke kampung... tak dapat la aku datang ke sekolah menguruskan budak2 SPM tue...tepat jam 7 malam kami bertolak ke terengganu... Kami tiba di terengganu pada jam 4 pagi...

Esokknya, pada sekitar jam 10 pagi, kami pergi ke hospital.. belum waktu melawat... suami je naik ke wad ayah... ayah mertua dah keluar ICU.. masuk wad pesakit jantung. nampak sangat dia lemah....

Alhamdulillah, setakat hari ini, (12/12/2009)...Ayah semakin sihat, malah semakin gemar bercakap... semalam, dia sanggup bangun bila orang datang melawat dia... Alhamdulillah...InsyaAllah hari ni mungkin boleh keluar wad....

Sekarang ni aku pulak yang demam selesema.. demam dah beransur baik... tinggal selesema je... InsyaAllah, baik la nanti tu....

Labels: ,

Sunday, December 6, 2009

Blog!!!

Aku baru je update Blog Unit Penilaian dan Peperiksaan.... saje masukkan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009... erm... banyak lagi kekurangan blog tu... sekarang ni tengah dalam kerangka merancang Blog PIBG SMK Tanjung Adang... masih dalam perancangan.... susun bahan... ish... cuti sekolah yang amat bermakna.... untuk tugas2 yang bermakna untuk diri aku nie... Semuanya untuk perancangan tahun hadapan....Bakal dilaksanakan...

Labels:

Standard Guru Malaysia (SGM)

Sekarang ni aku tengah study about Standard Guru Malaysia (SGM).

Ia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Kalau rakan-rakan nak baca lebih lanjut... klik disini ye.... Standard Guru Malaysia (SGM).

Labels:

Tangan Suami aku kena X-Ray...


Pusat X-Ray Hospital Sultanah Aminah

Pagi nie aku dan suami ke Hospital Sultanah Aminah. Jumpa Doktor kat sana... Doktor tu buat ujian ransangan ke atas jari suami ... ternyata ada masalah saraf katanya... dia suruh suami ke kaunter X-ray.. untuk buat ujian samaada tulang suami aku ada masalah x.... kata Dr, tulang x de masalah... so dia sarankan suami aku jumpa Pakar kat Poliklinik Hospital Sultanah Aminah esok... erm.... esok pegi lagi... Risau la pulak bila dia sebut jumpa Pakar.. teruk sangat ke???....

Tak pe sayang... esok kita g ye....

Labels: ,

Thursday, December 3, 2009

After 5 Days...


Selepas 5 hari suami aku cedera di tempat kerja... kami x perlu lagi ke Klinik Gelang Patah untuk proses cuci luka... hanya perlu ke Hospital Sultanah Aminah untuk urusan kenyataan kemalangan dan tahap kecederaan.... anyway... ni gambar tangan suami aku... Before and After....




Suami aku masih x leh genggam tangan.. tak boleh buat banyak pergerakan. Kalau banyak pergerakan pada pergelangan tangan tu, darah akan keluar semula... Nurse tu kata, luka di bahangian dalam belum baik.. Luar je yang dah kering....Sabar sayang ye...

Labels: ,

Tuesday, December 1, 2009

KeSian abang Ibrahimku...

Ahad : sekitar jam 1.00 pagi... suami aku pulang dari kerja ... masa tu aku dah tido... dia kejutkan aku dan tunjuk tangan dia yang berbalut dan penuh darah.... aku pun dengan mamai, bangun dan tenggokkan luka dia tu.. aku ingat biasa2 je.. tapi bila darah x berhenti aku rasa pelik... bila aku buka balutan luka tu, lukanya agak dalam.... so aku cuci dan sapukan losyen kuning... berbekalkan ilmu pertolongan cemas yang sedikit tu, aku balut juga la tangan dia guna anduh....Dah siap balut tu, ayat pertama yang keluar dari mulut dia.... "Dila, abang lapar....." siannya suami aku... bagi la dia makan, buatkan air teh panas... dah siap dia makan, jam dah menunjukkan 2.30 pagi... dia pun nampak letih sangat... so dia kata dia nak tdo.. esok pagi baru nak g klinik....

Isnin : Dalam kul 8.06 pagi aku dan suami dah sampai Klinik Kesihatan Gelang Patah...dapat no giliran 1044.... tunggu la dia panggil... dalam sekitar 8.50, no giliran kami dipanggil ke kaunter 1. Sampai di kaunter 1, dia bagi no giliran lain... 4013.. dia suruh tunggu di depan kaunter 5... so aku ngan suami pun tunggu.....sekarang no giliran 4005.. macam x jauh ngan 4013... kan??

Erm.. ini la dia kalau klinik kerajaan, dari kul 8.56 aku tunggu.... sehinggalah jam 10.50... no gilirannya baru 4012 ....


Dalam sekitar 11.30 baru la giliran kami...Letih gilerrrr.... Fuh... lega gak bila dah dipanggil...
Kat dalam bilik pembantu perubatan tu, en pembantu perubatan tu pun buka balutan luka suami aku tu... dia kata patutnya luka ni kena jahit ni.... uhu... suami aku sengih aje... tahan sakit... kalau jahit 3 jahitan kata dia.... tapi since darah dah kering... dia kata dah x leh jahit... so dia tampal je... setiap 2 hari kena datang balik untuk cuci....may be 2 minggu baru baik....



Itulah alkisahnya suami aku yang luka akibat tergelincir dan tergarit paku di dinding sewaktu cuba menyelamatkan diri....

Labels: ,