Ayah mertua ku Masuk ICU kerana sakit jantung...
Hari selasa (08/12/2009) jam 5 petang, suami memberitahu aku bahawa ayahnya masuk ICU.... aku pun segera menelefon kakak iparku... tanpa buang masa, aku telefon pengetua aku.. mohon maaf dan mohon izin untuk pulang ke kampung... tak dapat la aku datang ke sekolah menguruskan budak2 SPM tue...tepat jam 7 malam kami bertolak ke terengganu... Kami tiba di terengganu pada jam 4 pagi...Esokknya, pada sekitar jam 10 pagi, kami pergi ke hospital.. belum waktu melawat... suami je naik ke wad ayah... ayah mertua dah keluar ICU.. masuk wad pesakit jantung. nampak sangat dia lemah....
Alhamdulillah, setakat hari ini, (12/12/2009)...Ayah semakin sihat, malah semakin gemar bercakap... semalam, dia sanggup bangun bila orang datang melawat dia... Alhamdulillah...InsyaAllah hari ni mungkin boleh keluar wad....
Sekarang ni aku pulak yang demam selesema.. demam dah beransur baik... tinggal selesema je... InsyaAllah, baik la nanti tu....
Labels: My Husband, Personal Life


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home