Tuesday, September 29, 2009

Kemaafan~~Dendam

Kemaafan itu alangkah indahnya andai mampu diungkai dengan mudah... Namun adakalanya ia sukar diuraikan... Bukan niat ku mahu berdendam.... Namun sesungguhnya, aku perlukan kelapangan yang sebenar tentang erti kemaafan...

Dulu aku sering cuba berbuat baik terhadap orang yang menzalimiku... Namun kini entah mengapa terasa sungguh yang diri telah berubah... Aku bersikap memilih.... Ye... Aku memilih untuk membantu atau tidak... Kenapa harus bantuan itu memandang apa yang telah dia lakukan pada aku... Entah dia ingat atau tidak.... kenapa aku mesti ingat.. mungkin kerana ia menusuk hati ???

Apakah itu namanya dendam???

Dendam adalah buah dari kemarahan; sedangkan letak dari kekuatan marah adalah hati. Marah adalah mendidihnya darah hati untuk menuntut hukuman. Erti dendam ialah apabila hati selalu merasa berat dan benci; sedangkan perasaan tersebut tetap.

Rasulullah saw bersabda:

اَلْمُؤْمِنُ لَيْسَ بِحَقُوْدٍ

Orang mukmin itu bukanlah pendendam.

Definisi dendam adalah:

Benci terhadap kenikmatan yang ada pada orang lain dan senang apabila kenikmatan lenyap dari orang tersebut.

Dan aku sedar... sedikit sebanyak aku macam berdendam... Ya Allah... bersihkanlah hati ini.... walaupun aku tidak mendoakan yang buruk untuknya, namun aku tidak merelakan hati ini membantunya dikala dia susah... semua ini kerana apa yang pernah dia lakukan pada aku... dan inikah namanya dendam???

Tapi aku tak mempu membantunya.. kerana aku tahu aku tidak ikhlas andainya aku membantunya sedangkan hati ini masih berdarah kerana perbuatannya.... Cuma aku ingat pesan mama....

"Kalau hati tak Ikhlas nak tolong orang (tolong orang tapi dibelakang mengungkit) , lebih baik jangan tolong.... "

walau mungkin ada yang x setuju dengan mama aku.. tapi aku rasa ada betulnya... mungkin aku x pandai berlakon baik jika aku memang tak baik!!! aha!!!

Dan aku sememangnya begitu... Jika mahu ku bantu orang itu, aku akan sedia membantu dalam apa jua keadaan dan sanggup bersusah.. namun jika aku tidak mahu membantunya.... pasti ada sebab tertentu... dan dia... pernah aku bantu, sebaliknya dia menikam aku... mungkin dia tak sedar semua ni... tapi hakikatnya dia pernah menyusahkan aku tika dulu.... maafkan aku kerana tak mampu membantumu.....

Labels: ,

Monday, September 28, 2009

Sayang Abang Ibrahim!!!

Labels:

Back To ScHOoL~~~


WAaaaa!!! Sekolah lagi!! apa je yang aku dah settlekan sepanjang cuti ni???? Meh kita semak.....


1. Sasaran Kerja Tahunan (<-- on the way)
2. Minit Mesyuarat PIBG (<--on the way)
3. Download kertas2 soalan sains untuk dihantar fotostat (<--ehe.. lum wat apa pun... kejap2!)
4. Uruskan borang permohonan BISP (<-- da isi!!)
5. Laminate slip SPM (<--belum!!!)
6. Settingkan SAP45 untuk isi markah trial SPM (<--dah settle!)
7. Masukkan data dalam Fail Peperiksaan (<--ehe... maleh.. esok sempat kot!!)
8. Siapkan jadual kerja untuk Peperiksaan Akhir Tahun (<--aha!!.. belum!!)
9. sediakan Fail Guru Bertugas SPM (<--Lagi la belum!!!)
10. Siapkan Modul Form 2 (<--dah settle!)
11. Siapkan Modul Form 4 (<--dah settle!)
12. Susunkan modul soalan form 4 (<--dah settle!)
13. Siapkan lesson plan untuk sebulan!! (<-- on the way)

So... saat ni aku sedang siapkan 3 perkara: 1- SKT, 2-Minit Mesyuarat PIBG, 3- Lesson plan

Esok pagi aku nak study sikit apa nak ngajar.... lepas rehat cadangnya aku nak settlekan beberapa perkara:

1. Uruskan borang permohonan BISP
2. Masukkan data dalam Fail Peperiksaan
3. Siapkan SKT (<-- mintak maaf bos!!)

Yang selebihnya tu aku cadang nak wat pada hari Rabu....

Tgk la guane.... aku ni maleh sikit... hahaha....

Labels:

Monday, September 21, 2009

Susunan Rancangan Cuti Raya!!

Aha... sekarang ni aku ada kat umah mak... suami keje... waaaa.... beraya duduk umah... uhu.... tapi aku menikmati cuti ni habis-habisan... ehe.... Walaubagaimanapun, aku tetap ada perancangan dan susunan terbaik untuk kegembiraan aku masa cuti nih....

ehe...

Berikut adalah susunan timbunan kerja aku nak settlekan waktu cuti raya nih.. sebab mgu depan suami aku leh cuti.. masa tu aku mesti cbuk raya punya.. dah x de masa... hahaha....

RABU~~
1. Sasaran Kerja Tahunan (<-- orang lain dah hantar dah kat boss... aku je lembab)
2. Minit Mesyuarat PIBG (<--siapkan cepat2)
3. Download kertas2 soalan sains untuk dihantar fotostat
4. Uruskan borang permohonan BISP (<-- duit2... dimana kau duit!!)

KHAMIS~~

5. Laminate slip SPM
6. Settingkan SAP45 untuk isi markah trial SPM
7. Masukkan data dalam Fail Peperiksaan
8. Siapkan jadual kerja untuk Peperiksaan Akhir Tahun
9. sediakan Fail Guru Bertugas SPM

JUMAAT~~
10. Siapkan Modul Form 2 (<--- prepare jawapan~~ sambil2 study ler)
11. Siapkan Modul Form 4 (<--- prepare jawapan~~ sambil2 study ler)
12. Susunkan modul soalan form 4 (susun perancangan mengajar, cari soalan yang sesuai)

SABTU~~

--Suami off day--- seronok time!!!

AHAD~~
13. Siapkan lesson plan untuk sebulan!! Aha!!


***Boleh ke aku siapkan semua ni???? heheheh....

Labels: ,

Keindahan Cinta

Buat Suamiku tercinta,

En Ibrahim Yusof

Lagu kenangan cinta kita... ehe.. lagu pertama yang abg nyanyi masa kita mula kenal...



Love U so Much!!

Labels:

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri ...
buat semua kaum keluarga dan rakan taulan,

Maaf Zahir dan Batin

Dari Kami



Labels:

Saturday, September 5, 2009

Nak Try~~Utk Buka Puasa hari nie...

Sotong Cornflakes


Bahan-bahan ( 1 pinggan )

  • 5 ekor sotong segar -ptong2 dan toskan (saya guna sotong yg agak besar jgk) atau 15 ekor udang saiz sederhana
  • 3 sudu besar butter
  • 1 tangkai daun kari (hiris)
  • 3 biji cili padi (hiris menyerong panjang)
  • 1 cwn plan cornflakes-ramas bgi hancur,jgn hncur sngat ye
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng sotong
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • secubit gula & garam

Cara-cara

  1. Lumur sotong dengan tepung jagung, sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak masukkan sotong,balik-balikkan goreng smpai masak, angkat dan toskan.
  2. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali lain yang bersih, masukkan daun kari dan cili padi,goreng hingga wangi. Masukkan sotong dan gaul sekata sekejap. Masukkan nestum, sdkit gula dan gaul sebati (biar cornflaks melekat pada sotong). Angkat dan sedia untuk dihidangkan... *guna api perlahan je,nti hangus plak cornflakes tu.
  3. Note : Resipi ni jgk bleh digunakan utk msk udang,cara dan bahannya smua sama..sedap dan rangup jgk..Selamat Mencubaa..

Labels:

For My Students~~


First Time... Tahun nie aku mohon pertukaran antara negeri.. nak balik Terengganu.... dihati nie... memang berat... tapi aku HARUS PULANG ke sana .. Demi insan-insan kesayanganku....

Peratusan nak dapat tu aku kira-kira dalam 20% jek... Keyakinan tu memang x de...apatahlagi puan pengetua dah cakap ngan kak Jah yang aku kena tunggu setahun lagi... Waaa~~~

Tapi kegurisan hatiku perlu dibawa jauh-jauh...Semoga Allah mendengar rintihan hati ini.. aku ingin PULANG ke sana....

Buat pelajar-pelajarku... Cikgu percaya... Jika Cikgu dapat pindah... Itu Rezeki Cikgu... Namun seandainya cikgu x dapat pindah... Itu Rezeki mu wahai anak-anak pelajarku...

Labels:

Teringatkan Pn Sue... Dulu dia selalu gak on lagu nie...



aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
yang kini hadir di antara kita
namun ku juga tak kan bisa menepis bayangmu
yang s'lama ini temani hidup ku

maafkan aku menduakan cinta mu
berat rasa hati ku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang bergulir di samping mu
maafkanlah diri ku sepenuh hati mu
seandainya bila ku bisa memilih...

kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua tak kan seperti ini
diri mu dan dirinya kini ada di hati ku
membawa aku dalam kehancuran

maafkan aku menduakan cinta mu
berat rasa hati ku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang bergulir di samping mu
maafkanlah diri ku sepenuh hati mu
seandainya bila ku bisa memilih........ ah hoooooo

repeat:

Wo Ho Wu O
maafkan aku menduakan cintamu
berat rasa hati ku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang bergulir di samping mu
maafkanlah diri ku sepenuh hati mu
maafkan aaaku...
maafkan aku....

Labels:

Tuesday, September 1, 2009

IFTAR KEBIRU SMK TANJUNG ADANG 2009

1 SEPTEMBER 2009 - KEBIRU SMK Tanjung Adang telah menguruskan majlis berbuka puasa (IFTAR) di JB Katering, Taman Merdeka, Johor. Ehe.... Aku sampai sekitar jam 6.10 petang... awal kan???.. nie kak Jah la ni.. dia kata kena g awal... Parking susah dapat.. tapi memang betul pun... susah dapat parking kat situ.. TERHAD....Thanks You Kak Jah.. sebab kami dapat parking dekat keranamu... uhu....

Kitorang borak punya borak.. tunggu ketibaan kawan-kawan... nie gambar sekitar tempoh menunggu tersebut...


Taman Merdeka, Johor


Sabar menanti maghrib~~


Aku dari sudut mata suamiku.. <--- suami aku yg amik gambar daa~~
Suamiku dari sudut pandanganku... <--- aku amik gambar pulak!!

Love Forever~~


Sayang abg!!!


AHA!!!! Tunggu punya tunggu, akhirnya awan-kawan pun ramai dah sampai.. maka bermula la era kami MENCEKUP MAKANAN..... Amik makanan dulu... macam-macam amik.... ehe... Tunggu Azan....Dan kami pun berbuka... ehe.. ni gambar sekitar waktu kami berbuka dan selepas berbuka... heheh...


Makan Time!!


Me and my beloved husband...


Cikgu Mahadi and Wife...


Puan Hajah Zalila (Pn Pengetua) dan Kak Jah yang comei...


Kak Jah yang comei lagi....


Wif kak Baizura... Friendship never end~~


FINAL!!!

Labels: ,