Saturday, May 30, 2009

Karnival ICT

me with kak Asmahani
cute~

aha!! Got cha!! Selalu dia sakat orang kan, hari ni kita pulak ramai2 sakat dia!!!

anak panah?? Elok2 ye... Jangan sesat~~

Tampal~Jangan Tak Tampal~~



It's all about Carnival ICT... 30 and 31 Mei 2009 at SMK Tanjung Adang... Aku tak banyak menyumbang... Anak panah tu je la keje aku... Jaga Makmal.... Kemas makmal~~Buka dan tutup pintu makmal~~ nge~~nge!! Selebihnya aku jadi penonton setia pameran robotik~~ <--- aku memang suka la tgk robot2 ni, tgk kete remote control pun aku suka~~cuma aku x suka diControl!!

Carnival ICT ni hasil kerjasama SMK Tanjung Adang, SK Tanjung Adang selaku tuan rumah bersama dengan JPNJ dan UEM Land~~ Pada aku la, walaupun mungkin dianggap hambar oleh sesetengah pihak, dah cukup baik dah sekolah kecil yang hanya mempunyai pelajar x sampai 400 dan guru seramai 31 orang ni mampu jugak la handle all of this~~

Pada hemat aku, Kak nora dan Kak Hasnah dan puan Pengetua la orang la paling busy sekali untuk program ni.. sian kak Nora.. bila ada school yang x settlekan kejenya, kak Nora la yang jadi bahan rujuknya~~~ uhu.. Penat mental!!!

By the way, semua dah settle... Tahniah untuk semua warga SMK Tanjung Adang!!!!





Ni Robot hasil usaha pelajar SMKTA dengan bimbingan Suami Cikgu Baizura(En Afifi) dan Cikgu Nizam.. Tahniah!! x sangka mampu wat robot..heheheh....

Labels:

Thursday, May 28, 2009

Kenapa Aku??

Setiap kali kepedihan, kesakitan, dan kesedihan melanda, kekadang aku terpikir kenapa aku yang kena??~~~huhuhu~~~Bila difikir-fikir semula, memang itu yang tertulis untuk aku.. melatih kesabaran <---Allah sayang kat Aku...

Hari nie, hati aku sekali lagi pedih kerana seseorang..Kenapa la dia suka sangat mencampuri urusan aku~~ Entah la, kenapa la dengan aku ni...Kalau bercakap pasal 'dia' tu, memang aku cepat sangat nak melentingnya~~~Tapi hari ni aku memang benar2 tercabar dengan tindakannya... Tak pe, aku sabar~~<--- ye ke ni aku leh sabar??? HaHa~~

Aku memang tak bagus~~~ aku memang tak sempurna~~ Kerja aku banyak kekurangannya~~~ Tapi perlu ke buli perasaan aku~~setiap kali pikirkan apa yang 'dia' buat pada aku, aku memang terasa nak lari jauh~~~ <--- kuat ke aku lari????

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, semoga aku kuat menghadapi segala kemungkinan~~~

Menyesal pulak rasanya tak menerima tawaran yang mak aku bagi tu~~~ Kalau tahu nak jadi macam ni, baik aku terima~~

Labels:

Monday, May 25, 2009

Seminar PMR 2009

My Organiser

Science PMR session!!

Ye ke penat~~~

Me, Sakinah, Kak Jah, As, Nalisa and Jun

Smile!!!

Yesterday, I ngan Kak Jah ditugaskan untuk mengiringi pelajar ke Seminar PMR untuk sesi Sains~~kelakar jugak memikirkan orang yang suka serkap jarang ni.. sebab sometimes serkapnya x mengena... kakakaka~~~~Kan jadi kelakar bila menjaring ikan tapi dapat penyu~~~

Labels:

Saturday, May 23, 2009

Waiting~~~


I am waiting for my beloved husband......Hari ni maleh nak wat apa2 keje sekolah.. Nak rest... ~~~~~Lagipun esok nak g UTM, ada program untuk budak sekolah~~~ mane la cik abang ni x balik2 lagi...

Rumah pun dah macam tongkah pecah.. baru je siap mengemas~~~ penat sungguh... aku jugak yang malas.... Nga3x.... tinggal lagi nak mandi-mandi dan bersiap... Nak keluar ni~~~Nak g mana erk??...

Nak cerita pasal apa yang berlaku semalam... aku dah siap dah menanda sains Form 4 punya exam paper~~~ tinggal PJK form 2 ... Science form 2 belum exam lagi... tunggu la dulu...

Semalam, one of my boss kecewa sungguh nampaknya semalam pasal apa yang diharapkan berlaku sebaliknya.. Memang dia nampak frust... But in this case, I tak tahu nak salahkan sape... masing2 ada alasan sendiri.... Tapi one of orang yang dia marahkan tu penah la kata kat I yang dia ni jenis "tegas' bab2 keje ni~~~

I teringat sesuatu yang berlaku tahun lepas~~~ Ada sorang ni suka cari pasal ngan aku....dan setiap kali aku cuba explain apa2 dia mesti nak sakitkan hati aku... Paling aku x lupa dia beri aku satu sentence yang aku ingat la sampai mati... Macam dia tu Boss paling besar!!! Nak kata dia minah jarum, tak la kot ~~~ sebab sekarang aku rasa tahap dia tu broadband... Walau dimana setia mengepoh!!!

Ha~~~ itu peristiwa tahun lepas.. tahun ni aku lebih faham dunia pendidikan ni geloranya x menentu....

Labels:

Thursday, May 21, 2009

PEKA Form 4~~


Bertempat di Bilik Peperiksaan (seperti gambar di atas) ~~Tepat jam 6.30 petang... siap jugak aku siapkan PEKA Science Form 4 aku...penat giler... tapi seronok jugak dah siap.. lega sikit kepala ni.. dah boleh buat keje lain.. soalan semua dah settle... tinggal lagi nak tanda paper 2 and paper 1 science form 4 je.. Hope diorang boleh jawab dengan baik...Harap2 semua lulus.. Hahaha.. berangan je aku nih...

Malam ni aku nak rehat~~~nga3x~~~main internet, update blog and so on... tak lupa laman web sekolah aku~~~nak kena update gak!!.... ok la, nanti story lagi...


Labels:

Tuesday, May 19, 2009

Hari Guru 2009

Me on Teacher's Day

Group 2 win!!

i like this picture ~~

Me with Mas

Kawaii!!


18 Mei 2009 -
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah... awal pagi segalanya bermula dengan perhimpunan, ucapan-ucapan ~~~ dan nyanyian lagu Hari Guru Malaysia, Lagu Guru Pembina Negara Bangsa~~ Nga~~Nga~~Singgah sat kat Kantin , minum2 dan minum2.. nga22x... cikgu-cikgu kena salin baju sukan.. we all main 3 jenis game... memang best!! .. Aku masuk Group 2, satu group ngan Pengetua, Kak Bai, Kak Hasnah, Husni dan beberapa yang lain... nge~~Perut aku terasa nak pecah ketawa~~ seronok dan geli betul la hati!! Main x ingat dunia!! Habis make up aku gara2 air mata aku mencurah2 akibat ketawa yang amat dasyhat... Aha!!

And then, singgah lagi kat kantin~~ tukar baju semula untuk program seterusnya di Dewan Sri Tanjung... Dengar lagu, and the best moment is all the teachers sing together in a song "Doaku Buat Kekasih" ~~~Best2!!

But, still ada benda yang tak best berlaku... sungguh hati ni terkilan dengan sikap sesetengah orang yang tak tahu nak memahami situasi orang lain.. And in all this, I blame my self became so emotional... But be honest, memang kecik hati sangat dengan sorang budak tu... Before this, dia TAK pernah pun nak dengar cakap kita... But suddenly, bila dia nak mintak sesuatu and I x layan... dia nak judge I pulak!!! Who are you hah??? Memang I marah, benci and terkilan....

**I love to stay at Home.... Home sweet Home~~~

Labels:

Sunday, May 17, 2009

Makan Ketam Sepuasnya~~~


9 Mei punya cerita ni sebenarnya~~

Kesibukan sangat rasanya hingga tidak berpeluang untuk menulis pengalaman terindah makan Ketam... Nikmatul ataupun dikenali sebagai 'As' dan keluarganya jemput aku makan2 di rumahnya... First time aku naik bot ke Kg Pendas Laut... Tak sangka sampai juga aku~~~


Fuh... tak terkata rasanya makan Ketam sepuasnya... Rasa terhutang budi sesangat ngan As sekeluarga, thanks ya?? Nak bayar mak As tak nak amik pulak... Aku makan tak ingat dunia.. kakakaka.. satu sebab yang best tu, aku memang suka ketam... yang kedua, mak As masak amat sedap.. It's Great!!~~~


Thank You so much for the great experience!!!

Labels:

Saturday, May 16, 2009

Tema Hari Guru since 1972 :)

Tema Hari Guru

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Labels:

Selamat Hari Guru..16 Mei 2009

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Labels:

Friday, May 8, 2009

Hanball Tournament P18


Run...

Align CenterSo Smelly ha?


Jaringan Gol!!!!!!!!


Penyampaian pingat Emas buat Johan!!


Pengetua puji As paling lawa malam tu... aha...

Labels:

Rehatkan Minda

This is Ieja.. one of SMKTA handball players.. she's really great!!

This is As and Sakinah.. U are wonderfull girl!!

What happen to you Aza??

Aha!! Star Jump??? Kakaka...

One is small and other one is too big.. But can u see any similarities??

ok..

aha... love it

Labels:

Friday, May 1, 2009

Koir Bulan Bahasa Inggeris


antara persembahan yang menarik perhatian aku...budak 5 Bijak ni memang suka buat lain dari lain...


Ini bebudak 2 Bestari... Bersungguh cikgu Raja Zainon mengajar diorang nyanyi lagu Bahasa Inggeris... walaupun diorang ni susah nak faham BI, tapi ok la tu, nak juga mencuba....

Labels: