Friday, July 31, 2009

VIDEO KURSUS INDUKSI



Video nie... cikgu Junaidi yang wat.. aku tolong dia je!! Tolong-tolong dia amik gambar, bagi pandangan... Dalam Group aku ada 10 orang cikgu.... Kak Nik dan Normawati jaga bahagian audio.... Kak Zaliza masuk Pertandingan pakaian beragam... Zairi, Tikah dan Sofi masuk koir.... Kak Sarah AJK Tertinggi... Kak Baizura jaga kebajikan we all... aku dan Junaidi uruskan persembahan slide malam Grand Dinner Induksi....

Labels:

Pernikahan Sue~

Sue.. Tahniah...

*******************************************************


***********************************************************



Sue... sue tahu x... dila bergenang air mata tau masa peluk sue lepas akad nikah selesai... ntah kenapa ntah.. maybe sebab antara kita bertiga... sue paling last kawin... yung sedih sebab x dapat datang.. tapi dila yakin sue.. di hati yung dia nak sangat datang... rindunya nak bertiga semula... bila agaknya sue... hopefully lepas ni walau kita dah membawa haluan masing-masing, kita masih tetap ingat dan keep in touch... rindunya zaman belajar.. wat asgmnt sama-sama.. makan sama-sama... bergurau senda... tdo sama-sama depan pc masing-masing... hahahah.... miss it!!!

Jaga Jali bebaik tau... Jaga diri sue bebaik.....
Dila akan sentiasa ingat sue dan Yung...
My Best Friend ever.....

Labels:

Thursday, July 30, 2009

Akhirnya kursus induksi tamat~~

Makan2.... minum2!!!
Akhirnya penantian selama 14 hari berakhir... Kursus Induksi dah tamat... uhu... rasa macam kejap aje....hari tu rasa lama.... sekarang rasa macam x puas!! aha~~esok dah start kena g sekolah... waaaa~~~ tgk sekolah semula....ngajar semula... kat bawah ni antara pic malam akhir sebelum peperiksaan pada 30 Julai 2009... Ntah kenapa aku rasa sayu plak... seronok sebab dapat kawan yang sporting.... happy go lucky......



melayan diri sendiri.. gelak2.. padahal esok Ujian Akhir Kursus tu... uhu... aku x baca apa pun lagi!!!


Nie adalah sue.. 31 Julai 2009 adalah majlis nikah sue.... kesian dia... org dok wat asgmnt induksi dia dok gubah hantaran... tapi kawan aku yg sorang nie memang hebat!!!


Labels:

Wednesday, July 22, 2009

CIKGU!!!


Labels:

Friday, July 17, 2009

Kursus Induksi!! Bermula~~


Baru je lepas present Kerja Kumpulan... Well, nama Group kami 'Great Teachers 2U'. Kitorang ada Lagu Tau... Jom Nyanyi...(Melody 'Maria in the little lamp')




Aku ditugaskan buat Logo.. dan inilah hasilnya~~

Labels:

PBSM d Hati


Percaya x?? ku paka baju PBSM!!!

Labels:

Tuesday, July 14, 2009

SeLasA dan RaBu

SELASA :
**malam**
1- Buat lesson plan
2- Siapkan Peka (dah siap tanda~~tinggal masukkan markah je)
3- Taipkan senarai kerja untuk Sains Form 2 dan Form 4
4- Taip senarai buku yang digunakan
5- Sediakan folder yang nak diprint esok


RABU :
**pagi**
1- Siapkan Fail Headcount
2-Cantikkan dan Kemaskini fail Post Moterm 2008
3-Susun Fail di Bilik Gerakan


**petang**
1- Print Headcount Form 1,2 and 4


**malam**
1- Sediakan baju-baju yang nak dibawa
2- Sediakan jawapan Modul Science Form 4

Labels:

kEsiNambuNgaN

Aku ada lagi 2 hari nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh~~ada beberapa perkara x settle lagi ni... sebelum g Kursus Induksi aku kena selesaikan semuanya...

1-Soalan Ujian Formatif 2 (Sains Form 2 dan Sains Form 4) <----Dah siap!! nge2X....

2-Fail Post moterm 2008 <--- Dah siap!!

3-Fail Post moterm 2009 <-- Dah siap dah.. huhuhu... cuma ada 2 orang guru yg x hantar lagi post moterm nih~~

4-Modul Relief Science Form 4 <--- Dah siap dah.. tinggal nak sediakan jawapan je untuk guru gantinya!!

5-Modul Relief Science Form 2 <--- Dah sediakan .. ala buku SPS je aku guna, cuma nak taip kemas2 dan letak atas meja jek!!

6-PEKA Science Form 4 <---- Dah siap!!

7- Fail Headcount 2009 <-- Dah settle untuk Ting 3 dan 5... untuk tingkatan 1,2 dan 4.. hari rabu le baru aku leh print.. x pun hari selasa....

Labels:

Saturday, July 11, 2009

Senarai Fail Yang Unit Peperiksaan Kendalikan

A) FAIL PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN
B) FAIL PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM (SPM DAN PMR)
C) FAIL ANALISIS PEPERIKSAAN
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
  • Percubaan PMR
  • Percubaan SPM
  • PMR
  • SPM
D) FAIL ANALISA HEADCOUNT DAN ANALISIS ITEM
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
E) FAIL HEADCOUNT (SAPHC)
  • Tingkatan 1
  • Tingkatan 2
  • Tingkatan 3
  • Tingkatan 4
  • Tingkatan 5
F) FAIL HEADCOUNT SETIAP KELAS
  • Tingkatan 1 (Bijak/Bestari)
  • Tingkatan 2 (Bijak/Bestari)
  • Tingkatan 3 (Bijak/Bestari)
  • Tingkatan 4 (Bijak/Bestari 1/Bestari 2)
  • Tingkatan 5 (Bijak/Bestari 1/Bestari 2/Budiman)
G) FAIL KOLEKSI SOALAN

Labels:

Meneruskan agenda~~

Aku ada lagi 5 hari nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh~~ada beberapa perkara x settle lagi ni... sebelum g Kursus Induksi aku kena selesaikan semuanya...

1-Soalan Ujian Formatif 2 (Sains Form 2 dan Sains Form 4) <----Dalam proses le ni, nanti hari Isnin aku print, mintak Kak Bibah sign dan petangnya hantar fotostat.... nge2X....

2-Fail Post moterm 2008 <--- benda dah ada , tinggal nak cantikkan aje... so petang esok aku nak g beli bahan2nya....

3-Fail Post moterm 2009 <-- Dah siap dah.. huhuhu... cuma ada beberapa orang guru yg x hantar lagi post moterm nih~~

4-Modul Relief Science Form 4 <--- Dah siap dah.. tinggal nak sediakan jawapan je untuk guru gantinya!!

5-Modul Relief Science Form 2 <--- Dah sediakan .. ala buku SPS je aku guna, cuma nak taip kemas2 dan letak atas meja jek!!

6-PEKA Science Form 4 <---- tengah menanda gak nih.. x siap lagi.. malam nih aku cuba la siapkan tanda~~Esok, aku g sekolah masukkan dalam fail kejap... masukkan markah secepat mungkin, hope leh siap la.. x siap aku sambung hari selasa la... Isnin dah ada projek lain.... kekeke~~

7- Fail Headcount 2009 <-- Dah settle untuk Ting 3 dan 5... untuk tingkatan 1,2 dan 4.. hari rabu le baru aku leh print.. x pun hari selasa....

ada lagi x benda aku kena settlekan nih.. macam ada lagi jek... nanti pk lagi.... uhuk.. sekarang iron baju untuk seminggu~~

Labels:

Thursday, July 9, 2009

Bergambar untuk majalah sekolah

Dari belakang kiri : Pn Nik Norhasni, Cik Masturina, Ustaz Zib Akmal, En Mahadi, En Husni Za'iem, En Nizam, Pn Shahrimah, Pn Nur Dalila, Pn Norazimah

Baris tengah dari kiri :Pn Tengku Nurhana. Pn Nur Baizura, Cik Asmahani, Pn Khaslinda, Pn Nora, Pn Siti Fauziah, Pn Raja Zainon, Pn Julinnah

Baris depan dari kiri : Pn Wan Noridah(KB Bahasa), Pn Norma (KB Sains Sosial), Pn Hadijah (Guru Media), En Othman (PK HEM), Pn Hajah Zalila (Pengetua), Cik Hajah Habibah (PK Kurikulum), Pn Rohazila (PK Kokurikulum), Pn Rosnani (Kaunselor), En Jailani (KB Teknik Vokasional)

Labels: ,

Wednesday, July 8, 2009

Sains Dan Matematik Dalam BM Dan Bahasa Ibunda 2012 - Muhyiddin

Dipetik dari bernama

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

-- BERNAMA

Labels:

Saturday, July 4, 2009

Mengemas Fail Sepanjang Hari~~

Hari nie terasa sangat bahagia kerana berjaya mengemas bermacam-macam jenis fail.. dari fail peribadi, fail pengurusan kelas, fail post moterm, fail analisis item, fail analisis peperiksaan, fail Peka dan segala aneka macam fail la~~~ nga~~ nga~~ sungguh bahagia~~ syukur pada Allah kerana dipermudahkan segala urusan~~

Also thanks to Anieza, sebab dia dah tolong aku settlekan modul PMR untuk budak2 form 2 ku... Sedang mengira untuk g Induksi nie~~ ke..ke.. ke..

Sekarang tinggal nak fokus PnP je... nak mengajar banyak2 sebelum g induksi....

p/s : Love Teaching

Labels: ,

Tahniah Panitia Pendidikan Islam!!

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Tanjung Adang yang berjaya menjayakan program ASTIKA (Anak Soleh Titian Ke Syurga) selama 2 hari 1 malam pada 3 dan 4 Julai 2009. Tahniah buat Ustaz Zin, Ustazah Norma, Ustazah Suhaila dan Ustazah Khaslinda!! Semoga pelajar-pelajar ini akan lebih bermotivasi untuk menghadapi PMR nanti~~





Labels: ,

My New Time Table


Ni Jadual baru aku.... ada lagi 2 masa jam 3.10-4.30, Hari Rabu petang, aku x masukkan kat sini sebab x muat.. kekeke~~~

Labels: ,

Kawad !! Jangan Tak Kawad!!

Uhu, selaku penyelaras Unit Beruniform Kokurikulum sekolah, aku kena pastikan pelajar2 berkumpul dan menjalankan aktiviti sepertimana yang diharapkan. Rabu lepas (1 Julai 2009) adalah perjumpaan Unit beruniform... Aktivitinya adalah~~~ KAWAD KAKI!!!

Pelajar-pelajar pun berkawad la~~~ dan yang seronoknya, kami guru-guru BERSIMPUH KAKI!! kekekeke~~~

Labels:

Like this Song


Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah