Monday, August 31, 2009

Lagu sedih plak....




Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Labels:

Jumpa Pun!!

Ada sekali tu aku dengar lagu ni masa aku g kedai Cd/ Kaset... Saje cari lagu karaoke..
Pah tu aku dengar lagu ni masa g berbuka ngan husband aku... ehe... jumpa gak... tak tahu nape.. suka dengar... enjoy...




Nie lagi satu lagu yang aku suka gak... hampir-hampir nak beli CD dia.. hahahah... nape ntah... Layan!!!

Labels:

Friday, August 28, 2009

Aku Memang Suka La Lagu Nih!!

Tak Mungkin Kerna Sayang - Alya

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali


Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Labels:

Wednesday, August 12, 2009

Lagu nie.. tetiba je jumpa... suka...

Tuesday, August 11, 2009

SPI Bil.3/1999 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Seksyen 18 Akta 550.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar
1. Pengertian konsep pengajaran

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaranPerancangan perlu dilakukan untuk

• memenuhi masa yang diperuntukan
• menepati kehendak objektif/matlamat
• berkesan sepanjang waktu pengajaran
• menarik perhatian dan tidak membosankan


3. Objektif pengajaran

Objektif boleh dalam bentuk
  • Objektif implisit
-melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
a) memahami
b) atau mengetahui
c) atau menghargai sesuatu yang telah diajar
  • Objektif eksplisit
- melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
a) menyenaraikan
b) atau menjelaskan
c) atau memberikan contoh
d) atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

4. Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

  • Rancangan Pelajaran Tahunan
-Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
-Butiran yang perlu ada ialah :
a)Mata pelajaran
b)Tingkatan
c)Minggu
d)Tajuk/isi
e)Objektif
f)Kemahiran
g)Nilai dan
h)bahan bantuan mengajar

  • Rancangan Pelajaran Harian

-Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
-Butiran yang perlu ada ialah :
a) Hari dan tarikh
b) Mata pelajaran dan tingkatan
c) Masa
d) Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
e) Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi


Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah


Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.


Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

Labels:

Monday, August 10, 2009

Demam Lagi~~

Erm.. Ya Allah.. sungguh banyak dugaan yang diberikan... dan sesungguhnya aku terima kerana aku percaya ini semua adalah peringatan daripadaMu.....

Hari ni Dyla MC lagi... uhu.. sian kawan-kawan... tolong ye ... tolong reliefkan kelas Dyla.. terima kasih banyak2.. semoga Allah membalas jasa-jasamu....

Kerana Dyla, hajat PK 1 Dyla x kesampaiaan... Maaf ye... Uhu...

Tadi G klinik... Doktor bagi la ubat yang sangat 'best' tu... rasa dia macam 'madu'.....makan jugak la... nak sihat punya pasal.... Dia siap bagitahu.. semua ubat yang diberikan tu tidak mengantukkan... Aha!!!.. bagus2x... tapi tengok la... Dyla ni baru je lepas makan ubat.. tak leh tdo la pulak.. layan la blog ni dengan harapan Dyla akan mengantuk dan tdo....

Saat ni, Dyla terasa sangat yang hidup ni penuh pancaroba... Ada suka, ada duka, ada manis, ada pahit.... dan segalanya ku lalui dengan penuh iltizam untuk melakukan yang lebih pasti.. Yes!! ESOK PASTI LEBIH BAIK!!!....Iltizam adalah suatu komitmen yang lahir dari dalam diri (wa’yu dzati) dan bukan sesuatu yang bersifat kamuflase (kepura-puraan) ataupun paksaan. .. Dan Dyla mesti merealisasikannya.... Hadapi dengan Senyuman.....

Target Dyla sekarang, Dyla nak habiskan silibus cepat2 dan nak wat ulangkaji ngan budak form 2 secepat mungkin.... yang Form 4 pun sama... targetnya sekarang.. Dyla mesti luluskan pelajar seramai mungkin.... Walaupun saat nie Dyla berkecil hati ngan sorang makcik tu sebab x menghargai usaha Dyla.. tapi Dyla nak abaikan dia... Pelajar2 dan anak didikku lebih penting... Sesungguhnya Dikau lebih penting......

Ya Allah, kau kurniakan Aku kesihatan yang baik... Agar dapat aku meneruskan perjuangan mendidik dan mencurahkan ilmu selagi yang mampu... Dyla nak diorang jadi 'manusia' bukan 'hantu'...

Tu la gemuk sangat!! kan dah banyak sakit.... Jarang sekali kita bertemu dengan wanita yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada yang mengeluh konon badannya gemuk sangat manakala ada yang menyangka terlampau kurus. Kedua-dua golongan ini perlu mengawal makan dengan betul supaya mendapat bentuk badan yang menarik dan sihat. Walau bagaimanapun kebanyakan kaum wanita tidak suka mengawal makan secara terus-menerus. Makan je apa nak makan.... Uhu, tak boleh juga... dah sakit-sakit...

Tengok la macam mana.... aha!!! Kesihatan yang buruk sangat menyeksakan, sebaliknya kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati hidup yang sempurna. Satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengawal makan secara teratur, iaitu memakan makanan berkhasiat dengan sukatan yang betul (seimbang) dan cukup berzat.

Kesimpulannya.... Jagalah Kesihatan Untuk Anak Bangsa!!!

Sunday, August 9, 2009

kENANGAN zAMAN bELAJAR...

Kata orang.. kerje tu lagi best dari zaman belajar.. ada pulak yang kata zaman belajar lagi seronok... ermm... bagi Dyla dua-dua best dan seronok.. ada suka dan duka... zaman kerja dilalui dengan lebih matang.. belajar hidup berdikari dan menyelesaikan masalah sendiri....segalanya itu adalah ibadah.. sebagai hamba Allah.. teruskanlah perjuangan....

Teringat kata-kata seorang penceramah masa Dyla kursus Induksi... Pekerjaan guru nie adalah pekerjaan yang penuh dengan peluang beribadah dan melakukan pahala untuk hari akhirat... Semoga Dyla tergolong dalam ahli syurga.. walaupun Dyla sedar, terasa tidak layak.....

Bila merenung zaman belajar, teringat video yang penah Dyla buat untuk kawan-kawan.. kononnya nak 'burn'kan untuk kawan-kawan... tapi x sempat dan akhirnya tak terealisasi...Buat rakan dan teman 4 SPN... video tu Dyla upload disini ye... maafkan Dyla diatas segala kekurangan.... Walau dimana kalian berada, kenangan bersama tu x mungkin luput di kotak minda ini....


UNTUKMU SPN 2003-2007




Hari nie, Dyla tersangat-sangat tak sihat... lesu je rasa... sakit tekak.... demam...~~~ tapi nie dah kurang sikit... dah la kekurangan darah.. ditambah dengan tekanan darah rendah.... Dulu zaman kecik2 lasak sangat.. belum tua dah macam-macam sakitnya.... muhasabah diri.. banyak dosa sebenarnya... Penah dulu Dyla dengar orang kata, sakit itu penghapus dosa kecil.. semoga Allah ampunkan dosa-dosaku~~~

Kadang-kadang apa yang kita rancang dalam hidup kita x menjadi sepertimana yang diharapkan... dan ada kalanya apa yang kita tak duga datang secara tiba-tiba... Segalanya telah ditentukan olehNya... begitu juga apa yang Dyla lalui... kadangkala segala hajat kita ditunaikan Allah... dan ada masanya ia berlaku sebaliknya.. Cuma Dyla teringat kata-kata seorang kawan baik Dyla, yang kini bergelar Pn Suriati.... ehe... Su penah cakap ngan Dyla.. walau apa pun yang berlaku... "Hadapi Dengan Senyuman"... sampai hari nie... kata-kata tu menjadi inspirasi Dyla...

Hadapi segala apa yang berlaku dengan senyuman.. ketabahan jiwa dan keterbukaan hati yang diberikan kekuatan oleh Allah... Penah dulu Dyla rasa sedih sangat dalam hidup... mengadu pada rakan, mengadu pada mama dan papa, mengadu pada adik-adik... Dan paling kerap mengadu pada Nya... sebab DIA sentiasa ada untuk Dyla....dan semuanya....

Kakak Dyla kata... kita perlu jadi 'kaktus' ... mampu berdikari dan hidup tegak walau jauh ditengah padang pasir bersendirian.... Kak Jah...Seandainya suatu hari nanti kita berjauhan... Kak jah tetap dihati.. Dyla akan ingat bingkisan minda akak tu tau.... Keep in touch kay??


Labels:

Sunday, August 2, 2009

Aku suka Nyanyi Lagu ni.. Dari Zaman budak2

Photos



Kursus Induksi <---sila klik disini