Tuesday, September 29, 2009

Kemaafan~~Dendam

Kemaafan itu alangkah indahnya andai mampu diungkai dengan mudah... Namun adakalanya ia sukar diuraikan... Bukan niat ku mahu berdendam.... Namun sesungguhnya, aku perlukan kelapangan yang sebenar tentang erti kemaafan...

Dulu aku sering cuba berbuat baik terhadap orang yang menzalimiku... Namun kini entah mengapa terasa sungguh yang diri telah berubah... Aku bersikap memilih.... Ye... Aku memilih untuk membantu atau tidak... Kenapa harus bantuan itu memandang apa yang telah dia lakukan pada aku... Entah dia ingat atau tidak.... kenapa aku mesti ingat.. mungkin kerana ia menusuk hati ???

Apakah itu namanya dendam???

Dendam adalah buah dari kemarahan; sedangkan letak dari kekuatan marah adalah hati. Marah adalah mendidihnya darah hati untuk menuntut hukuman. Erti dendam ialah apabila hati selalu merasa berat dan benci; sedangkan perasaan tersebut tetap.

Rasulullah saw bersabda:

اَلْمُؤْمِنُ لَيْسَ بِحَقُوْدٍ

Orang mukmin itu bukanlah pendendam.

Definisi dendam adalah:

Benci terhadap kenikmatan yang ada pada orang lain dan senang apabila kenikmatan lenyap dari orang tersebut.

Dan aku sedar... sedikit sebanyak aku macam berdendam... Ya Allah... bersihkanlah hati ini.... walaupun aku tidak mendoakan yang buruk untuknya, namun aku tidak merelakan hati ini membantunya dikala dia susah... semua ini kerana apa yang pernah dia lakukan pada aku... dan inikah namanya dendam???

Tapi aku tak mempu membantunya.. kerana aku tahu aku tidak ikhlas andainya aku membantunya sedangkan hati ini masih berdarah kerana perbuatannya.... Cuma aku ingat pesan mama....

"Kalau hati tak Ikhlas nak tolong orang (tolong orang tapi dibelakang mengungkit) , lebih baik jangan tolong.... "

walau mungkin ada yang x setuju dengan mama aku.. tapi aku rasa ada betulnya... mungkin aku x pandai berlakon baik jika aku memang tak baik!!! aha!!!

Dan aku sememangnya begitu... Jika mahu ku bantu orang itu, aku akan sedia membantu dalam apa jua keadaan dan sanggup bersusah.. namun jika aku tidak mahu membantunya.... pasti ada sebab tertentu... dan dia... pernah aku bantu, sebaliknya dia menikam aku... mungkin dia tak sedar semua ni... tapi hakikatnya dia pernah menyusahkan aku tika dulu.... maafkan aku kerana tak mampu membantumu.....

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home