Monday, August 10, 2009

Demam Lagi~~

Erm.. Ya Allah.. sungguh banyak dugaan yang diberikan... dan sesungguhnya aku terima kerana aku percaya ini semua adalah peringatan daripadaMu.....

Hari ni Dyla MC lagi... uhu.. sian kawan-kawan... tolong ye ... tolong reliefkan kelas Dyla.. terima kasih banyak2.. semoga Allah membalas jasa-jasamu....

Kerana Dyla, hajat PK 1 Dyla x kesampaiaan... Maaf ye... Uhu...

Tadi G klinik... Doktor bagi la ubat yang sangat 'best' tu... rasa dia macam 'madu'.....makan jugak la... nak sihat punya pasal.... Dia siap bagitahu.. semua ubat yang diberikan tu tidak mengantukkan... Aha!!!.. bagus2x... tapi tengok la... Dyla ni baru je lepas makan ubat.. tak leh tdo la pulak.. layan la blog ni dengan harapan Dyla akan mengantuk dan tdo....

Saat ni, Dyla terasa sangat yang hidup ni penuh pancaroba... Ada suka, ada duka, ada manis, ada pahit.... dan segalanya ku lalui dengan penuh iltizam untuk melakukan yang lebih pasti.. Yes!! ESOK PASTI LEBIH BAIK!!!....Iltizam adalah suatu komitmen yang lahir dari dalam diri (wa’yu dzati) dan bukan sesuatu yang bersifat kamuflase (kepura-puraan) ataupun paksaan. .. Dan Dyla mesti merealisasikannya.... Hadapi dengan Senyuman.....

Target Dyla sekarang, Dyla nak habiskan silibus cepat2 dan nak wat ulangkaji ngan budak form 2 secepat mungkin.... yang Form 4 pun sama... targetnya sekarang.. Dyla mesti luluskan pelajar seramai mungkin.... Walaupun saat nie Dyla berkecil hati ngan sorang makcik tu sebab x menghargai usaha Dyla.. tapi Dyla nak abaikan dia... Pelajar2 dan anak didikku lebih penting... Sesungguhnya Dikau lebih penting......

Ya Allah, kau kurniakan Aku kesihatan yang baik... Agar dapat aku meneruskan perjuangan mendidik dan mencurahkan ilmu selagi yang mampu... Dyla nak diorang jadi 'manusia' bukan 'hantu'...

Tu la gemuk sangat!! kan dah banyak sakit.... Jarang sekali kita bertemu dengan wanita yang sangat berpuas hati dengan bentuk badannya. Ada yang mengeluh konon badannya gemuk sangat manakala ada yang menyangka terlampau kurus. Kedua-dua golongan ini perlu mengawal makan dengan betul supaya mendapat bentuk badan yang menarik dan sihat. Walau bagaimanapun kebanyakan kaum wanita tidak suka mengawal makan secara terus-menerus. Makan je apa nak makan.... Uhu, tak boleh juga... dah sakit-sakit...

Tengok la macam mana.... aha!!! Kesihatan yang buruk sangat menyeksakan, sebaliknya kesihatan yang baik membolehkan kita menikmati hidup yang sempurna. Satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengawal makan secara teratur, iaitu memakan makanan berkhasiat dengan sukatan yang betul (seimbang) dan cukup berzat.

Kesimpulannya.... Jagalah Kesihatan Untuk Anak Bangsa!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home