Monday, July 26, 2010

Layan~

~

Labels:

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Labels: ,

Saturday, July 17, 2010

Sekian Lama~

Fuhh~~ memang dah berhabuk!! Lama benar rasanya tak meng 'update' blog nie.. ERmm.. what story?? banyak sangat cerita samapi rasa dah basi nak cerita.. Cuma dikesempatan ini nak juga aku berkongsi kegembiraan aku sepanjang Bulan Julai nie... Happy!!!

Antaranya; aku telah menerima surat pengesahan jawatan, Alhamdulillah... syukur sangat. Selesai juga akhirnya... so dah x perlu pikir mengenai penjawatan itu lagi.... dah selesai urusan induksi+BtN tu bagai... ohooo... sekarang matlamat jangka pendek, sambung belajar.... Mampukah aku??? YES, mesti boleh!!...InsyaAllah....

Kemudian, Bulan nie aku happy sebab aku dah pindah rumah ... dan yang bestnya, syukur.... Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.. dapat seperti yang diidamkan...

Macam2 yang berlaku dalam bulan nie.. cuma yang aku teruja adalah nak melaksanakan strategi ulangkaji bersama pelajar nie.. Ya Allah, tak sabar rasanya....nak fokus pada PnP... nak naikkan prestasi... mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.... semoga motivasi aku ni dapat disalurkan kepada anak pelajar.. Bahan modul telah diperbanyakkan... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, semoga aku terus tabah dalam menghadapi apa jua cabaran bergelar guru...

Bercakap pasal cabaran, teringat aku pada 2 orang pelajar aku sekarang nie... ada sesuatu telah berlaku antara mereka.. mewujudkan benda yang tidak ada.... seolah2 mereka dianiayai... aha... tapi bila aku kaji2 semua kenapa mereka bertindak pelik begitu... dapat aku kenalpasti mereka mungkin berasa hati dengan aku.. atau lebih tepat marah pada aku kerana hajat mereka tak tercapai... Namun sesungguhnya, apa yang menjadi keinginan mereka itu sememangnya bukan hak mereka pun.. Aku mengikut peraturan, dan mereka memang tidak layak untuk itu.. Namun, ye la.. nama pun anak2...Banyak lagi perlu mereka belajar tentang hidup...

Well... aku tetap bersemangat nak mengajar.. tak mahu semua tu menganggu aku... mereka yang tak mahu sudah!! Yang nak belajar, akan aku pastikan kejayaan mereka komitmen aku.... Mudah-mudahan mereka mudah menerima ilmuku.... aku sayang mereka....

Labels:

Monday, June 21, 2010

Kisah Percutian yang Bersulam Tugas...

Percutian Jun 2010



aku nie memang angan2 besar... nak bercuti sakan la kononnya.. sudahnya aku cuti dengan tugasan berlegar-legar di fikiran.. emm... banyak sangat ke keje aku... yang sebenarnya aku nie yang malas... aha...

sepanjang cuti... aku hanya mampu menyiapkan tugas menanda kertas, menyiapkan post moterm (analisis x siap lagi tue), menyiapkan pengisian data SIP.... itu aje la... dengan SKT x siap lagi... pemfailan peperiksaan x settle lagi...

ya Allah... banyak lagi sebenarnya...

Dah la.. x mo cerita hal keje....mana penah habis... sekarang aku nak post sikit gambar aktiviti aku waktu cuti.. aku x amik gambar sangat. .. Sebab aku x berjalan ke mana sangat.. banyaknya masa diluangkan di rumah mak mertua sambil menanda kertas... ehee...




~kat Giant Terengganu~

Cuti aku nie macam cerita yang x de penutup... tahu2 habis... hehehe... tetiba je pada hari Isnin (14 June 2010), aku dapat mesej ada taklimat SIP... so.. kena balik la jawabnya..... x sempat nak happy ending...."Kerana Tugas Aku Turutkan".... Cuma kat sini aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat my beloved husband... kerana sangat memahami dan berusaha keras bawa kete malam2 bagi memastikan aku dapat sampai juga di JB.. SIP ohhh SIP....


~Love You~

Labels: ,

Saturday, May 29, 2010

TERSINGGUNG AMAT SANGAT!!!

Erm... biasa aku x penah marah anak didik 3 Bijak ku sebegini teruk.. biasanya aku ambil kata2 mereka sebagai gurauan dan jenaka anak2... tapi pada hari itu, aku mudah benar melenting dan panazzzzzzzzz..... kenapa dengan aku nie.. agaknya anak2 3 Bijak pun dah berkecil hati dengan aku... ermm... kan bagus kalau aku x ada perasaan macam nie..

Sebenarnya, aku berasa hati.... berasa hati yang amat sangat dengan salah seorang anak pelajar kelas itu.. mungkin dia x perasan perbuatannya telah mengusik hatiku sebagai guru sainsnya... dan sungguh aku hampir mengalir air mata kerana perbuatannya....

Yang menyedihkan aku anak ini jarang berjumpa aku untuk mempelajari sains dengan lebih baik.. malah di dalam kelas dia biasa2 sahaja... tapi tup2.. dia boleh mengadu kata sains tu susah.. ...tindakan dia seolah-olah aku nie x mampu membantu dia hinggakan dia mengadu pada yang lain.. ye memang aku cikgu baru.. tapi aku berusaha untuk membantu kalian... kenapa dia x jumpa aku??? tanya mana soalan yang dia x faham...bila aku tanya dia yang mana susah... dia x cakap... sebenarnya aku kecewa dengan sikapnya... dah la dalam kelas ada waktunya tidur... bukan kelas aku je... kelas petang sejarah pun dia tidur dengan nyenyaknya (ada gambar dia tdo dengan nyenyaknya)... sampaikan maknya penah bagitahu aku, dia selalu tidur dan ngantuk dalam kelas... Tak mengambarkan sikap rajin nak belajar... tapi kerana daya tarikan lain, dia seolah2 mencari masalah untuk diadukan pada orang lain...

Kali ini aku benar2 tersinggung... ermm rasanya anak pelajar ini tak kesah pun...... biarlah, aku akan terus mengajar yang lain... Namun yang aku nak nyatakan disini... Hatiku benar-benar terusik... dan aku benar2 tersinggung.... cuma setakat ini, aku cuba wujudkan redha dalam hati ini... itupun jika aku mampu...

Sesungguhnya, kalau dikutkan rasa hati ... aku tidak mahu mengajar kamu lagi... tapi demi tanggungjawab, aku tetap guru kamu... walau susah atau senang, aku tetap berusaha.... terpulang pada kamu...

Labels:

Tuesday, March 9, 2010

Layangan Hati Kini~~ Amarah

Siti Nurhaliza Ft. Krisdayanti – Amarah (CTKD)


*Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

**Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah… dengarkanlah…
Suaraku

Chorus

Kau tak bisa hapuskan… amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu
Kamu mahu
Aku tahu
Kamu tahu

Dan ku takkan tunjukkanku…
Amarah…
Kerana aku tahu, segala yang berlaku
Tetap akan berlaku

Di mana kudratku
Dia yang menentu… dia yang menentu

Ulang *, ** dan chorus

#Yang… hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang… ingin selalu dimanja dan disayangi

Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Ulang *, ** dan chorus

Labels:

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru 2010


Rakan-rakan di sekolah pasti sibuk dengan urusan pendaftaran dan orientasi... aku masih di Terengganu.. malam ini malam kedua aku tidur tanpa suami disisi.. suamiku berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah menemani ayah mertuaku yang sakit di wad 7D di HSNZ.

Setakat ini keadaannya tidak banyak berubah.. cuma muntahnya tidak lagi berdarah seperti sebelum-sebelum ini... ayah banyak mengeluh sakit... petang tadi sewaktu aku melawatnya, dia mengadu sakit... aku sendiri dapat melihat bagaimana dia menahan sakit sehinggakan badannya mengigil kerana terlalu sakit. Ayah jugak menunjukkan lubang yang ditebuk di bahagian perut oleh doktor untuk mengeluarkan bahan toksik dalam badannya...ngeri...dan memang kesian aku tgk ayah yang bersirat dengan wayar sana sini... sebelah sana masuk darah..sebelah sini masuk air cuci buah pinggang.... kata Esah (adik iparku), buah pinggang ayah dah rosak.... erm... berat dugaan ayah... sabar ayah, anak2 sentiasa mendoakan ayah....

Esok malam aku akan balik ke Johor.... erm, suamiku akan terus tinggal disini buat sementara waktu... maka aku akan bersendirian di Johor... ditemani adah...demi keluarga aku sanggup menghadapinya.... aku harap bulan 6 ni aku dapat pindah terengganu... aku perlu ke sana....

Tahun Baru 2010, aku di Terengganu... suami di Hospital....aku di rumah ayah mertuaku....
walau apapun... aku masih mampu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang tidak mampu aku tangguhkan lagi... sempat menyiapkan urusan dokumen headcount....Alhamdulillah... ada sedikit kekangan... tapi InsyaAllah... boleh di atasi....


Kepada rakan sekerja di SMK Tanjung Adang, aku mohon maaf di atas segala kesilapan dan kekhilafan ku sepanjang berada di SMKTA. Semoga sinar 2010 lebih bergermerlapan berbanding sebelumnya.....

Kepada suami tercinta dan semua ahli keluarga, semoga 2010 membawa lebih kebahagian dan lebih nikmat hidup dari Allah swt.....


Salam Tahun Baru 2010....

Labels: ,