Kakak~~
kesibukan melanda hingga baru hari ini aku bisa menulis.... almaklum la.. selaku SU Dalaman, aku sibuk menguruskan Peperiksaan Akhir Tahun, dan selaku SU SPM, aku sibuk uruskan dewan peperiksaan dan fail laporan guru bertugas....
Walaupun sebenarnya aku tidaklah sibuk mana... tapi biasa la aku suka buat2 sibuk.....
Banyak perkara yang perlu dititik beratkan....aku sampai rasa nak tdo .. penat otak....itulah sebabnya aku berehat sebentar dari menulis blog ini... dan hari ini aku terpanggil menulis semula kerana seseorang... sejurus membaca blognya di alamat http://jjn7400.blogspot.com/2009/11/dia-yang-aku-cemburui.html
Buat kakak....
sesungguhnya, segala pandangan dan cetusan rasamu itu adalah hasil pemerhatianku terhadap dirimu.... Disebalik kejayaan aku itu, disebalik kesungguhan aku itu, disebalik kecemburuanmu itu, semua itu adalah hasil sokongan dan didikan mu kakak....
dalam usia pengalaman bergelar guru yang terlalu muda, aku sudah mula belajar, mengajar pelajar mengikut spesifikasi yang digariskan oleh guru-guru berpengalaman hasil didikan mu Kakak.... tidak mungkin aku mampu mencapai semua itu tanpa sentuhanmu kakak.... dan sebagai orang baru, aku bangga.... bangga mempunyai seorang rakan guru senior yang tidak kedekut ilmu... malah gemar membantu....
Walaupun mungkin aku akan berpindah satu hari nanti, tidak mungkin aku lupakan persahabatan kita.... jangan la mencemburui diriku... kerana aku tidak layak untuk itu.... aku ini hanya anak kecil yang suka memecah suasana....
Kakak.... Jangan jadikan aku pesaingmu..... jadikan aku anak didikmu.... yang akan membanggakan gurunya... iaitu Kamu.. wahai kakak.....
-Dyla-
Labels: as teacher.., Personal Life


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home